Honor Magic V5 akhirnya dilancarkan sebentar tadi dan kini ia memegang status sebagai telefon skrin lipat paling nipis dunia. Dalam kedudukan terbuka, ia hanya setebal 4.1mm dan dalam kedudukan dilipat pula ia hanya setebal 8.8mm. Ini membolehkan Magic V5 memintas Oppo Find N5 yang setebal 4.2mm dibuka dan 8.9mm ditutup.
Di China Magic V5 dilengkapi skrin luar 6.43″ OLED LTPO dan skrin dalam pula sebesar 7.95″ OLED LTPO lengkap dengan sokongan paparan Dolby Vision. Ini dipadankan dengan cip mercu Snapdragon 8 Elite, memori sehingga 16GB RAM LPDDR5x, storan sehingga 1TB UFS 4.1 dan bateri sehingga 6100 mah. Bateri yang amat besar untuk peranti lipat ini menyokong pengecasan berwayar 66W dengan sokongan pengecasan nirwayar 50W serta berbalik.