Hollyland telah memperkenalkan VenusLiv Air iaitu sebuah kamera baharu yang direka khusus untuk penstriman langsung. Ia tampil dengan reka bentuk kompak dan ringan dengan berat kira-kira 660 gram. Hal ini menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja.
Kamera ini menggunakan sensor CMOS bersaiz 1/1.3-inci dengan resolusi 50MP untuk menghasilkan imej yang tajam. Ia dilengkapi dengan lensa tetap 4K, panjang fokus 25mm dan bukaan F1.05 yang sesuai untuk rakaman dalam pelbagai keadaan pencahayaan. Selain itu, kamera ini menyokong zum digital sehingga 4X dan menawarkan sudut pandang yang luas.