KANGAR – Seorang peniaga ketam dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran jelik berkaitan Raja Perlis menerusi akaun Facebooknya pada Mac lepas.
Hakim Musyiri Peet memerintahkan hukuman ke atas Hasbullah Mohammad, 41, bermula dari tarikh dia ditangkap pada 7 Mac dan dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.