SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pas menganjurkan Himpunan Solidariti Palestin yang akan berlangsung pada hari berasingan di Kedutaan Amerika Syarikat (AS).
Amanah menerusi perkongsian Pengarah Biro Mobilisasinya, Abbas Azmi di Facebook berkata, program Himpunan Mega Rakyat Malaysia Bangkit Free Palestin akan diadakan pada Jumaat sebagai tanda sokongan dan kebersamaan atas perjuangan membebaskan bumi Palestin.