Kulit di bahagian ketiak dan celah paha memang berbeza daripada kulit di bahagian tubuh yang lain. Ia merupakan bahagian tubuh yang selalu bergeseran sehingga akhirnya menyebabkan pigmentasi yang berlebihan (hiper-pigmentasi).
Selain masalah jerawat, bintik hitam dan bintik putih, masalah kulit gelap di bahagian ketiak dan celah paha juga antara yang sering dialami oleh kaum wanita. Selain pigmentasi, kulat dan bakteria daripada peluh juga boleh terbentuk sehingga menyebabkan warna kulit di kedua-dua bahagian ini menjadi gelap.