KUALA LUMPUR – Kehidupan mewah seorang lelaki berperanan sebagai penghantar serta penjaga bekalan dadah dengan menerima upah sekitar RM50,000 sebulan terbongkar dalam serbuan di sebuah rumah teres di Bandar Sri Damansara pada Selasa.
Suspek dipercayai menjalankan kegiatan jenayah itu dengan dibantu dua lagi lelaki tempatan yang masing-masing menerima upah sekitar RM10,000 sebulan.