SHAH ALAM – Orang ramai dinasihati tidak membuat sebarang spekulasi dan kenyataan yang boleh menimbulkan syak wasangka berhubung kes gangguan melibatkan seorang lelaki di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur pada Rabu.
Naqib Masjid At-Taqwa TTDI, Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir berkata, berdasarkan kenyataan polis, lelaki bukan Islam itu dipercayai mengalami masalah mental sejak April 2022 dan rawatan terakhir pada 16 Januari 2023 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).