KOTA BHARU – Semua pihak diminta menghentikan perbahasan berhubung pembinaan Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) selepas Kerajaan Kelantan membuat keputusan untuk menyiapkan projek tersebut.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, projek itu menjadi keutamaan kerajaan negeri dan pihaknya mahu ia disiapkan sebagaimana yang dijanjikan.