Pengacara dan pelakon, Hawa Rizwana kini menyambung pengajian di Universiti Oxford, London.
Walaupun hanya mengambil kursus pendek namun perkongsian Hawa di TikTok menerima pelbagai reaksi positif netizen.
Hawa menerusi video yang dikongsi juga mengucapkan rasa gembira dan syukur apabila hasrat ibunya untuk melihat salah seorang anak menjejakkan kaki ke Oxford akhirnya tertunai.