Pelakon dan personaliti media sosial, Harris Annuar memaklumkan ibu tercintanya yang juga usahawan kosmetik terkenal, Zaiton Hassan masih dalam menjalani rawatan perubatan Islam selepas didakwa disihir sejak 2016.
Berkata kepada Remaja, bekas peserta Hero Remaja itu mendedahkan ibunya yang lebih disapa Kak Ton itu terpaksa melalui empat kali proses pembedahan sepanjang dua tahun disebabkan mengalami sakit belakang secara tiba-tiba.