TAMPIN – Seekor harimau kumbang mati akibat dilanggar kenderaan di Jalan Tampin-Kuala Pilah di sini pada Isnin.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, anggotanya telah ke lokasi sejurus menerima laporan jam 11 malam.