KUALA PILAH – Seekor harimau kumbang jantan seberat 47.5 kilogram (kg) memasuki perangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan di Kampung Tumang, Johol, di sini pada Ahad.
Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, pihaknya menerima maklumat harimau kumbang memasuki perangkap pada jam 7.40 pagi.