SUNGAI SIPUT – Selepas enam bulan mencemaskan penduduk dan memakan ternakan, seekor harimau jantan seberat 90 kilogram akhirnya berjaya ditangkap dalam operasi khas di Kampung Perlop 1 di sini pada Khamis.
Haiwan pemangsa berusia 1 tahun 10 bulan itu masuk ke dalam perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, kira-kira 700 meter dari kawasan penempatan penduduk sekitar jam 4 pagi.