PENYANYI dan komposer, Yasin Sulaiman menganggap keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis supaya dia dipenjara seumur hidup dan 16 kali sebatan sebagai hari yang gelap buatnya.
Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman yang dibawa ke mahkamah dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak berkata, keputusan tersebut adalah sesuatu yang aneh.