SERDANG – Sambutan Hari Peneroka Felda (HPF) 2024 mencatat kejayaan apabila berjaya menarik lebih 500,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya.
Pengarah Komunikasi Strategik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutan (Felda), Syirfan Indra Mitra Surya Hussin berkata, kehadiran orang ramai yang menjangkaui sasaran menjadikan HPF 2024 sambutan Hari Peneroka terbaik dalam sejarah agensi itu.