PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya, di sini.
Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah pada jam 8 pagi yang membuat kejutan dengan memandu sendiri kereta Proton Satria Neo bernombor pendaftaran WWW1 berwarna biru itu disambut dengan sorakan dan tepukan oleh pengunjung yang hadir memenuhi kawasan acara sejak malam semalam.