Kita merasakan aktiviti mewarna adalah aktiviti yang amat remeh dan acapkali menjadi aktiviti harian bagi anak-anak kecil kita. Hakikatnya aktiviti sebegitu mampu membuatkan anak-anak belajar mengenai pelbagai perkara juga berkreatif dengannya.
Perkongsian cerita dan gambar oleh Pn Mahfuzah Zainol, Ahli Terapi Cara Kerja ini membuktikan bahawa aktiviti mewarna dapat membuatkan anak-anak kecil kita berfikir lebih kreatif.