Acara tahunan Hari Belia Negara tidak pernah gagal menyajikan keperluan golongan itu dalam mencari jati diri, minat dan peluang untuk mereka lebih ke depan dan memahami dengan jelas sebelum ,emgambil keputusan hala tuju mengenai masa depan mereka.
Kolaborasi di antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Belia Malaysia (MBM) tampil membantu dan tahun ini, pemilihan lokasi strategik di Dataran Merdeka Kuala Lumpur bukan sahaja memudahkan kehadiran belia, malah ia juga merupakan lokasi tumpuan pelancong.