YouTube kini dilihat meningkatkan harga langganan untuk YouTube Premium di Malaysia. Peningkatan ini dilihat selari dengan peningkatan yang dilakukan oleh YouTube di beberapa buah negara sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Di Malaysia, kini YouTube Premium pelan individu ditawarkan pada harga RM20.90 sebulan, sementara pelan keluarga pula ditawarkan pada harga RM41.90 sebulan yang membolehkan dikongsikan bersama 5 orang ahli keluarga. Sebelum ini, pelan individu ditawarkan pada harga RM17.90 sebulan, sementara pelan keluarga pula pada harga RM33.90 sebulan.