ChatGPT merupakan perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan janaan, yang membolehkan pengguna bertanyakan pelbagai perkara, mahupun menjana gambar melaluinya. Selain versi percuma, ia turut menawarkan versi berbayar dinamakan ChatGPT Plus yang hadir dengan akses kepada model kecerdasan buatan terkini, selain sokongan janaan yang lebih baik dan tanpa had.
Terbaru, mengikut laporan New York Times, beberapa dokumen yang diperlihatkan kepada para pelabur OpenAI, ia menunjukkan perkhidmatan berkenaan akan meningkatkan harga langganan secara berperingkat kepada para pengguna.