< Kembali

Harga jualan Redmi Note 13 Dan Redmi 14C Dikemaskini – Boleh Dimiliki Bermula RM499

Teknologi
AMANZ
261 Hari

Xiaomi telah mengemaskini harga jualan untuk Redmi Note 13 4G dan Redmi 14C di Malaysia. Melaluinya Redmi Note 13 4G (8/256GB) boleh dimiliki pada RM699 berbanding harga asalnya RM899. Sementara itu Redmi 14C (8/256GB) kini berharga RM499 berbanding harga asal RM599. Ketersediaan adalah bermula sekarang berasaskan konsep selagi stok masih ada.

Redmi Note 13 dilengkapi skrin AMOLED FHD+ 6.67″ 120Hz, cip Snapdragon 685, memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB, kamera utama 108MP dan juga kamera hadapan 16MP. Melengkapinya juga adalah bateri 5000mAh, sistem pengecasan 33W dan kalis air IP54.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI