SHAH ALAM – Harga emas dijangka meneruskan aliran kenaikan sehingga tempoh hujung tahun ini mengambil kira beberapa faktor antaranya kejatuhan harga komoditi lain di pasaran dunia.
Pakar ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, faktor lain yang turut menyumbang kepada kenaikan tersebut ialah dasar monetari global yang longgar, ketidakpastian fiskal dan persekitaran geopolitik.