BEIJING – Harga emas di China melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah susulan kenaikan berterusan harga emas antarabangsa, lapor Xinhua.
Pada Rabu, beberapa jenama emas utama di China mencatatkan harga barang kemas melebihi 1,000 yuan (RM603) segram – paras tertinggi yang pernah direkodkan.