Mahkamah Majistret Kuching, Sarawak memerintahkan seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua yang menekap lapan rakan asrama yang sedang nyenyak tidur dengan seterika panas hanya untuk suka-suka, ditempatkan di Sekolah Henry Gurney hingga berusia 17 tahun.
Perintah itu diputuskan selepas remaja berusia 14 tahun dari Matang, dekat sini mengaku bersalah atas lapan pertuduhan yang dibacakan di tiga Mahkamah Majistret di sini iaitu di hadapan Majistret Ling Hui Chuan, Mason Jaro Lenya Barayan dan Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.