Pelakon, Zarina Anjoulie tampil memberi penjelasan berkenaan isu tular di media sosial yang mendakwa dirinya terlibat dalam penjualan video berunsur lucah bersama individu dikenali sebagai Daddy Ash semasa berada di Bali, Indonesia baru-baru ini.
Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju menerusi satu kenyataan dimuat naik di akaun Instagram miliknya menafikan tuduhan itu yang dilabelkan sebagai tidak berasas.