SHAH ALAM – Pelan tindakan sedia ada perlu ditambah baik dengan memberi penekanan kepada tatakelola yang lebih profesional bagi menangani gejala rasuah di negara ini khususnya dalam kalangan penjawat awam.
Pengerusi Gabungan Rasuah Busters Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Profesor Dr Hamdan Daniel M Sharib berkata, dalam masa sama kempen juga harus dilakukan secara berterusan agar memberikan kesedaran kepada masyarakat.