Pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, pastinya mendambakan kehadiran cahaya mata yang menjadi pelengkap mahligai cinta yang dibina bersama suami tercinta. Tidak terkecuali pasangan merpati dua sejoli To’ Puan Syamim Mohd Farid dan suami Yang Mulia (YM) Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj.
Bahtera perkahwinan yang dibina sejak sembilan tahun lalu, adakalanya diasak dengan persoalan bila mahu menimang cahaya mata, namun tak mudah melatah bekas Naib Juara Dewi Remaja 2014/15 itu lebih senang untuk mengambil sisi positif sekiranya masih ada yang bertanya mengenai rezeki cahaya mata.