KUALA TERENGGANU – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 25 Oktober lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, Erma Fatima Shamsul Bahari, 17, kali terakhir dilihat ketika bersarapan bersama keluarganya di sebuah restoran di Batu Buruk, di sini.