PUTRAJAYA – Sebanyak 142,535 atau hampir separuh daripada 285,568 kes kehilangan MyKad dilaporkan sepanjang tahun lepas membabitkan golongan belia berusia 15 hingga 30 tahun, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Beliau berkata, angka itu amat membimbangkan kerana MyKad merupakan dokumen penting dan menjadi akses bagi pelbagai urusan rasmi rakyat negara ini, sama ada bersifat peribadi atau melibatkan urusan kerajaan.