KUALA SELANGOR – Polis telah merakam keterangan empat individu berhubung insiden menghalang laluan sebuah bas yang dipercayai melibatkan sekumpulan pengayuh basikal di Kilometer 23 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur arah Sungai Buloh, pada Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya juga telah menerima dua laporan polis setakat ini, iaitu daripada pemandu bas dan seorang daripada penunggang basikal terbabit.