PELUMBA muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan tunggangan memukau apabila menamatkan perlumbaan satu Grand Prix (GP) Sepanyol saingan Rookies Cup di kedudukan podium pada Sabtu.
Pada perlumbaan berlangsung di Litar Jerez, pelumba berusia 17 tahun itu menduduki tempat kedua dengan perbezaan 0.037 saat (s) selepas dipintas pelumba tuan rumah, Brian Uriarte di selekoh terakhir yang mencatat masa 25 minit 37.402s untuk meraih tempat pertama.