JEDDAH – Musim haji pada 2025 memberi pengalaman berbeza buat para jemaah berikutan Arab Saudi telah merevolusikan rangkaian teknologi pintar dan platform dipacu kecerdasan buatan (AI).
Riyadh cuba memanfaatkan inovasi digital terkini untuk memudahkan urusan dan melancarkan perkhidmatan bagi memastikan keselesaan serta keselamatan jemaah haji pada kali ini. Kemajuan teknologi tersebut adalah sebahagian daripada agenda transformasi Saudi yang lebih meluas sejajar dengan Visi 2030.