PETALING JAYA – Kerajaan Persekutuan tetap dengan pendirian untuk menurunkan had umur belia kepada 30 tahun bermula 1 Januari 2026 selaras pindaan yang diluluskan Parlimen pada 2019, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Bagaimanapun beliau berkata, Sarawak tidak terikat dengan perubahan itu kerana badan belia utamanya, Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dan bukan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).