JOHOR BAHRU – Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) antara Disember tahun lalu hingga Ogos.
Tertuduh, Mohd Zulkurnain Mohd Zain, 34, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.