KOTA KINABALU – Seorang bekas setiausaha sebuah persatuan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki mengemukakan dokumen palsu berkaitan permohonan mendapatkan peruntukan khas berjumlah kira-kira RM85,000 daripada Ketua Menteri Sabah.
Menurut sumber, suspek yang juga seorang guru besar lelaki berusia 50-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah, kira-kira jam 9.40 pagi Selasa.