KOTA BHARU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menggalakkan orang ramai agar menggunakan pasport berbanding pas sempadan untuk ke Thailand.
Pengarah JIM Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa tular yang mengatakan pas sempadan sering kehabisan serta berlaku kesesakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC).