IPOH – Pendirian Barisan Nasional (BN) untuk menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) tidak seharusnya disalah tafsir bahawa kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) akan dihentikan.
Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keputusan itu bukan menandakan perpecahan sebaliknya membina kebersamaan dan dasar saling percaya sebagai sebuah Kerajaan Perpaduan.