Ketika musim tengkujuh tiba, banjir sering menjadi ancaman besar kepada penduduk, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan rendah.
Namun, tindakan Mohamad Fariswan Mohd Ariffin, 31, itu boleh dikatakan berjaya mencipta penyelesaian inovatif yang murah dan berkesan untuk melindungi rumahnya daripada banjir – menggunakan kayu dan tanah liat mainan!