KOTA BHARU – Teknologi moden tidak mengubah pendirian seorang peniaga untuk terus menggunakan kaedah lama bagi menyediakan lebih 30 jenis kuih-muih tradisional yang dijual sepanjang Ramadan.
Mazni Mat Noor, 58, berkata, kebanyakan kuih tersebut dipelajari daripada ibu mertuanya, Saudah Jusoh, 80, yang kini sudah tidak lagi menghasilkan kuih-muih berkenaan.