SHAH ALAM – Desakan terhadap Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz melepaskan jawatan sebagai Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri (MITI) tidak dianggap sebagai langkah tepat kerana berpotensi menjejaskan kestabilan negara.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pandan, Rizwan Shah Azlan berkata, negara berada pada saat genting yang memerlukan gabungan tenaga pakar dan pengalaman seperti yang dimiliki oleh Tengku Zafrul dalam barisan Kabinet hari ini.