Nama Amir Ahnaf kini sememangnya hangat. Penangan watak Kahar dalam drama bersiri Projek: High Council benar-benar memberi impak kepada karier lakonannya. Penghayatan sebagai pelajar yang nakal benar-benar meresap ke dalam dirinya lantas membuai jiwa sesiapa sahaja yang menonton.
Imbas kembali, jejaka berusia 23 ini merupakan bekas peserta Hero Remaja 2021. Menamatkan saingan di kedudukan ketujuh, perkara itu bukanlah pematah semangat untuk dirinya terus maju.