SEPANG – Grab Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila memperkenalkan perkhidmatan e-hailing menggunakan kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pelancaran tersebut merupakan langkah tepat dalam menyokong dasar kerajaan ke arah pengangkutan rendah karbon dan sistem mobiliti yang lebih lestari.