KUALA TERENGGANU – Syarikat perkhidmatan e-hailing, Grab Malaysia telah bersama memacu ekonomi di Terengganu di samping menyediakan peluang pendapatan kepada lebih 10,000 Rakan Grab di negeri Pantai Timur itu.
Pengarah Operasi dan Mobiliti Negara Grab Malaysia, Rashid Shukor berkata, ini termasuk memberi peluang janaan pendapatan kepada lebih 60 orang kurang upaya (OKU) dan 100 Rakan Wanita Grab.