SHAH ALAM – Syarikat penyedia perkhidmatan, Grab Malaysia selaku rakan strategik Kementerian Luar Negeri (KLN) melancarkan kempen Kerana ASEAN bagi meningkatkan kesedaran dan pendidikan awam mengenai kepentingan negara sebagai Pengerusi ASEAN serta peranannya dalam memupuk kerjasama serantau.
Pengarah Urusan Grab Malaysia, Adelene Foo berkata, Kerana ASEAN mencerminkan komitmen pihaknya dalam memajukan prinsip-prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) di seluruh Asia Tenggara.