Sempena Computex 2025, Intel melancarkan dua GPU baharu Intel Arc Pro B60 dan Intel Arc Pro B50 yang menyasarkan penggunaan dalam kalangan pengguna prosumer seperti jurutera, pembinaan dan senibina. Ini mungkin sedikit mengecewakan golongan gamer yang menantikan GPU baharu sebagai kesinambungan kepada Arc B580 dan Arc B570 untuk bersaing dengan siri RTX 5000.
GPU Intel Arc Pro B60 dan B50 GPUs adalah berasaskan seninbina Xe2 dengan ia dilengkapi dengan teras AI Intel Xe Matrix Extensions (XMX) bagi melakukan inferens model kecerdasan buatan (AI). Ia turut mempunyai unit menyokong ray-tracing bagi menyokong aplikasi kejuruteraan, senibina dan juga penghasil kandungan. GPU Intel Arc Pro B60 dilengkapi memori sebesar 24GB manakala Intel Arc Pro B50 pula dilengkapi memori sebesar 16GB.