Memang cantik dan awet muda! Tak puas pandang wajah jelita Datin Seri Maria Farida. Diam tak diam, rupa-rupanya jelitawan ini genap berusia 53 tahun pada tanggal 28 Mac. Masih segar lagi kenangan bersama Datin Seri Maria saat beliau menjadi penghias Nona Mac 2019. Agak segan berkongsi usia sebenar pada awalnya tapi beliau akur sebab enggan sembunyi hakikat tersebut.
Dalam pertemuan waktu itu, Datin Seri Maria mengakui perubahan diri seiring pertambahan usia saban tahun, tetapi tetap bersyukur kerana masih diberi rezeki kesihatan yang baik. Istimewanya, tahun ini aktres cantik berkenaan menyambut ulang tahun kelahiran di Bali, Indonesia.