< Kembali

Google Pixel Watch 3 Dilancarkan Dengan Dua Pilihan Saiz

Teknologi
AMANZ
336 Hari

Google Pixel Watch 3 turut dilancarkan awal pagi ini dengan kali ini ia hadir dalam dua pilihan saiz 41″ dan 45″ masing-masing dilengkapi skrin AMOLED 1.2″ serta 1.4″ yang mempunyai keterangan puncak 200 nit. Kedua-dua jam masih menggunakan cip Snapdragon W5+ Gen 1 yang sama seperti Watch 2, memori sebesar 2GB SDRAM, storan sebesar 32GB eMMC dan bateri pula sebesar 307/420 mAh yang menyokong pengecasan pantas.

Menurut Google, bateri Watch 3 boleh menawarkan penggunaan sehingga 36 jam dalam penggunaan biasa dan 24 jam dengan AOD diaktifkan. Sensor yang disertakan ialah penjejak nadi, ECG, SpO2, suhu kulit, GPS, barometer, giroskop, magnetometer dan juga UWB. Ia turut hadir dengan sokongan LTE serta bluetooth. Sistem operasi yang dibangunkan pula ialah Wear OS 5.0.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI