Selain kemaskini kepada telefon pintar dan jam tangan pintar, Google tidak melupakan penawaran fon telinga. Hari ini, bersama pelancaran produk Pixel, Google turut memperkenalkan fon telinga nirwayar terbaru mereka, Pixel Buds 2a.
Pixel Buds 2a ini hadir dengan rekaan mudah dipakai pada telinga, serta menjadi fon telinga pertama dibawah siri-A yang menyokong pembatalan hinggar aktif (ANC). Fon telinga ini dikuasakan cip Tensor A1, serta turut hadir dengan sokongan Gemini bersama dengannya.