Google dan Samsung mempunyai hubungan yang sangat erat. Banyak ciri menarik Samsung dijayakan dengan bantuan Google. Sebelum Pixel 9 dijual di Malaysia, Samsung Galaxy S24 Ultra kami nyatakan adalah Pixel untuk global. Terbaru selain disahkan di Malaysia menggunakan skrin LTPO, Android Authority melaporkan yang setiap Pixel 9 turut menggunakan modem baharu.
Modem ini adalah Samsung Exynos 5400 yang sama digunakan pada kesemua Samsung Galaxy S24. Modem ini mempunyai kemampuan jauh lebih hebat berbanding Exynos 5300 dalam Pixel generasi lepas, Dengan modem baharu, akan datang melalui kemas kini Android 15 – Pixel 9 akan menyokong komunikasi satelit yang terbina secara natif. Selain itu, ia juga lebih efisien dengan kurang menggunakan kuasa.