Google hari ini membuat kejutan dan mengumumkan integrasi TNG eWallet dan juga ShopeePay pada Google Pay, khusus untuk pengguna Android di Malaysia terlebih dahulu. Dengan integrasi ini, pengguna dengan mudah boleh melakukan pembayaran menggunakan dompet digital TNG eWallet atau ShopeePay melalui perkhidmatan yang menyokong Google Pay.
Dengan integrasi ini, pengguna dengan mudah boleh melakukan pembayaran pada pelayar web Chrome menggunakan integrasi Google Pay, tanpa perlu bertukar aplikasi. Anda hanya perlu menambah sokongan dompet digital berkenaan pada Google Pay, dan melakukan pengesahan dengan mudah melaluinya. Integrasi ini juga turut membolehkan pengguna melakukan pembayaran secara fizikal di sejumlah lokasi yang menyokong pembayaran Google Pay.